Memaparkan catatan dengan label Pinjaman MBSB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pinjaman MBSB. Papar semua catatan

31 Ogos 2012

Pakej Pinjaman Dari Malaysia Building Society Berhad (MBSB)

Bangunan Wisma MBSB
Anda mungkin belum tahu latar belakang syarikat Malaysia Building Society Berhad atau lebih dikenali sebagai MBSB, jadi saya akan menerangkan serba sedikit tentang sejarah penubuhannya disini. Malaysia Building Society Berhad (MBSB) sebenarnya adalah merupakan syarikat yang dahulunya dikenali sebagai Federal and Colonial Building Society Limited yang ditubuhkan pada tahun 1950. Tetapi sebelum ia dinamakan sebagai MBSB, ia terlebih dahulu diberi nama sebagai Malaya Borneo Building Society Limited (MBBS) pada tahun 1956. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) merupakan antara pemegang saham terbesar bagi syarikat MBSB ini sekarang. Jadi, reputasi syarikat ini memang tidak dapat dinafikan lagi.

Syarikat MBSB menawarkan berbagai pakej perkhidmatan dan kemudahan kewangan khususnya untuk kakitangan kerajaan dan juga kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau badan berkanun. Antara kemudahan - kemudahan yang popular ialah seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman perniagaan dan banyak lagi. Di sini, saya cuma hanya menerangkan berkenaan dengan pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan kerana kedua-dua pakej ini yang paling popular dan kerap ditanya oleh orang ramai.

Pinjaman Peribadi
Bagi kemudahan pinjaman peribadi, MBSB menawarkan perkhidmatan yang dikenali sebagai Personal Financing-i yang mana terbahagi kepada beberapa sub-pakej yang lebih kecil dan spesifik mengikut keperluan para pelanggan. Pinjaman peribadi atau personal loan yang ditawarkan oleh pihak MBSB boleh mencecah sehingga RM300,000 dan MBSB juga merupakan antara pemiutang sah disisi undang-undang yang menawarkan kadar keuntungan terendah di Malaysia. Antara kelebihan pinjaman peribadi MBSB yang lain ialah tempoh kelulusan cepat, tidak memerlukan penjamin, proses permohonan yang ringkas dan tempoh bayaran balik boleh mencecah sehingga 25 tahun. MBSB juga ada menawarkan tiga pakej pinjaman peribadi terbaru yang dikenali sebagai 1 Malaysia Package, Waslah Package dan Exec-i Package yang mana pekej-pakej ini mendapat sambutan yang sangat baik pada tahun ini iaitu 2012. Selain itu, pakej pinjaman peribadi yang disediakan oleh MBSB juga senang lulus dan lebih cepat berbanding permohonan melalui bank.

Pinjaman Perumahan
Untuk pinjaman perumahan pula, MBSB menawarkan pakej yang dikenali sebagai MBSB Home Financing. Terdapat beberapa pakej kecil dalam MBSB Home Financing untuk memenuhi keperluan para peminjam. Antara kelebihan pakej home loan MBSB ini ialah kelulusan cepat, kadar keuntungan yang berpatutan dan kompetitif, tempoh bayaran balik lebih lama (mencecah sehingga 30 tahun atau umur peminjam sehingga 65 tahun), dilindungi oleh Takaful (MRTT), pembiayaan sehingga 100% (termasuk pembiayaan MRTT), tiada yuran proses untuk rumah kediaman dan bayaran balik boleh dibuat melalui berbagai kemudahan sistem bayaran yang sedia ada.

Jadi, jika anda bercadang untuk membuat sama ada pinjaman peribadi atau pinjaman perumahan, tidak syak lagi Malaysia Building Society Berhad (MBSB) adalah pilihan yang tepat dan boleh dipercayai. Cuma anda perlu berhati-hati jika mahu menggunakan khidmat agen kerana ada di antara mereka ini yang cuba menipu dan mendakwa agen sah MBSB tapi sebenarnya tidak. Saya cadangkan supaya anda semak dahulu nombor pendaftaran atau rujukan agent ini dengan MBSB sebelum menggunakan khidmat mereka.

Dan anda kena ingat, pihak MBSB tidak meminta wang pendahuluan sebelum permohonan anda diluluskan. Sekian dahulu dan saya harap penerangan saya ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memahami perkhidmatan pembiayaan kewangan yang ditawarkan oleh pihak MBSB. Anda juga boleh meyemak kelayakan anda dengan MBSB disini secara online. Jumpa anda dalam hasil tulisan saya yang seterusnya. Terima kasih.